Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Presnel Kimpembe[1] | ||||||||||||
Tarikh lahir | [2] | 13 Ogos 1995||||||||||||
Tempat lahir | Beaumont-sur-Oise, Perancis | ||||||||||||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[3] | ||||||||||||
Posisi permainan | Bek tengah | ||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Paris Saint-Germain | ||||||||||||
Nombor | 3 | ||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||
2002–2005 | AS Eragny | ||||||||||||
2005–2014 | Paris Saint-Germain | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
2013–2016 | Paris Saint-Germain B | 41 | (1) | ||||||||||
2014– | Paris Saint-Germain | 163 | (1) | ||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||
2014 | DR Congo B20 | 1 | (0) | ||||||||||
2015 | Perancis B20 | 7 | (0) | ||||||||||
2015–2016 | Perancis B21 | 11 | (0) | ||||||||||
2018– | Perancis | 28 | (0) | ||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Februari 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Jun 2022 |
Presnel Kimpembe (Sebutan bahasa Perancis: [pʁɛsnɛl kimpɛmbe]; lahir 13 Ogos 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis.[4] Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang menjuarai kejohanan Piala Dunia 2018.
Kimpembe telah dilahirkan di Beaumont-sur-Oise, Perancis. Bapanya berasal dari Congo manakala ibunya pula berasal dari Haiti.[5][6] Beliau telah dinamakan sempena datuk sebelah keluarga ibunya.[7]
Kimpembe melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Paris Saint-Germain pada 17 October 2014 dalam aksi Ligue 1 menentang Lens selepas beliau menggantikan Thiago Motta pada minit ke-76 dan perlawanan itu berkesudahan Paris menang 3-1.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara pada 14 Februari 2017 dalam aksi menentang Barcelona yang menyaksikan Paris meraih kemenangan 4-0 tanpa dibolosi.[9]
Kimpembe menjaringkan gol pertamanya di pentas Liga Juara-Juara untuk Paris pada 12 Februari 2019 menentang Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.[10] Paris menang 2-0 dalam perlawanan itu. Namun, dalam aksi timbal balik di Paris, beliau dikenakan faul atas tindakannya yang menghalang sepakan pasukan lawan dengan terkena tangan selepas paparan VAR sekali gus membolehkan United meraih tendangan penalti pada masa kecederaan. Paris akhirnya tewas 3-1 sebelum tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.[11]
Kimpembe mendapat panggilan pertama daripada pasukan senior Perancis selepas Eliaquim Mangala mengalami kecederaan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Bulgaria dan Belanda pada Oktober 2016.[12] Pada Januari 2018, bekas pemain Arsenal dan Chelsea iaitu William Gallas menyatakan bahawa Kimpembe merupakan pemain harapan untuk pasukan Perancis.[13]
Kimpembe akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis pada 27 Mac 2018 iaitu selepas setahun setengah beliau mendapat panggilan pertama. Beliau beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia[14] selepas menggantikan Ousmane Dembélé pada minit ke-72 dalam perlawanan yang berkesudahan Perancis menang 3-1.
Pada 17 Mei 2018, beliau dipanggil ke dalam senarai 23 pemain dalam skuad Perancis untuk kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[15] Dalam kejohanan itu, beliau beraksi selama 90 minit semasa aksi peringkat kumpulan menentang Denmark.[16] Kimpembe memenangi Piala Dunia bersama Perancis selepas pasukannya membenam Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Paris Saint-Germain | 2014–15 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 |
2015–16 | 6 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 9 | 0 | |
2016–17 | 19 | 0 | 4 | 0 | 3 | 0 | 1 | 0 | 1[a] | 0 | 28 | 0 | |
2017–18 | 28 | 0 | 4 | 0 | 3 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 38 | 0 | |
2018–19 | 24 | 0 | 3 | 0 | 1 | 0 | 8 | 1 | 0 | 0 | 36 | 1 | |
2019–20 | 16 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 7 | 0 | 0 | 0 | 24 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 94 | 0 | 13 | 0 | 9 | 0 | 19 | 1 | 1 | 0 | 136 | 1 |
Pasukan kebangsaan Perancis | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2018 | 7 | 0 |
2019 | 2 | 0 |
Jumlah | 9 | 0 |
Paris Saint-Germain[19]
Perancis
Pingat
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Presnel Kimpembe |
Sifat P4883 gagal dihasilkan: Sifat P4883 tidak dijumpai.
Presnel Kimpembe di French Football Federation (archived) (dalam bahasa Perancis)