Selamat Pagi Malaysia | |
---|---|
Genre | Bual bicara |
Dibangunkan oleh | Radio Televisyen Malaysia |
Pengacara |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Lokasi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 Berita RTM |
Format gambar | |
Siaran asal | 1 Jun 1984 – kini |
Selamat Pagi Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai SPM) ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara Malaysia yang disiarkan di TV1 dan Berita RTM.[1] Bersiaran sejak 1 Jun 1984, ia dahulunya hanya disiarkan pada hujung minggu, terutamanya pada hari Jumaat dan Ahad. Siri ini memulakan siaran pagi sepenuh masa pada 1 Jun 1984.[2]
Selain daripada segmen ceramah utama, rancangan bual bicara itu juga termasuk laporan langsung acara utama dari pelbagai lokasi di seluruh negara, serta sebagai laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan segmen beli-belah di rumah yang menyasarkan penonton Melayu terutamanya.[2]
RTM memperkenalkan dua segmen baru untuk Selamat Pagi Malaysia, iaitu Hilang dan Tele Hijau pada Februari 1993.[3]
Pada 4 April 1993, rancangan ini melalui rombakan besar apabila ia dikenali sebagai Salam Mesra dan bersiaran setiap Ahad.[4]
Pada 7 Januari 1994, Selamat Pagi Malaysia tampil berwajah baru dengan menampilkan segmen yang lebih menarik dan segar untuk memberi maklumat mengenai dasar kerajaan, pendidikan, pengetahuan am dan hiburan secara langsung dan rakaman.[5][6]
Apabila TV1 memulakan siaran awal pagi pada 1 Mac 1994,[7] siri ini memulakan siaran secara sepenuh masa yang mana tempoh masa siaran rancangan ditambah dari sejam kepada empat jam setiap hari.
Pada 31 Oktober 1994, SPM bertukar wajah bagi memberi lebih maklumat berbentuk hiburan kepada penonton siaran TV pagi.[8]
Pada Tahun 2020, SPM akan bertukar ke set baharu di Studio N1, Wisma Berita.
Pada Tahun 2021, SPM akan bersiaran seperti biasa tetapi disebabkan pandemik Covid-19 dengan tema Teguh Kita Menang Bersama.
Tahun 2022-2023 (Mac), SPM akan bersiaran sama ada 2 atau 3 jam iaitu pada hari Isnin-Jumaat jam 8.00 hingga 11.00 Pagi (Tetapi bersiaran sehingga 10.00 Pagi iaitu Isnin-Khamis kerana memberi laluan kepada Siaran Langsung dari Parlimen.), dengan hujung minggu sekali iaitu Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi hingga 10.00 Pagi.
Kini pada bulan April 2023, bersempena dengan RTM ke-77 Tahun, Selamat Pagi Malaysia akan bersiaran secara langsung selama 2 jam diikuti oleh SPM plus (Tengok, Suka dan Beli) bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi.
Selamat Pagi Malaysia mencatat jumlah tontonan yang memberangsangkan apabila ia ditonton oleh kaum wanita kerana menayangkan pelbagai rancangan menarik dan membina minda sejak bersiaran sepenuh masa setiap hari pada 1 Januari 1984.[9]