Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. Tolong bantu mewujudkan kelayakan dengan menambah sumber sekunder yang boleh dipercayai tentang topik tersebut. Jika kelayakan tidak dapat diwujudkan, rencana ini kemungkinan besar akan digabungkan, dilencongkan ataupun dipadamkan. (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Sharifah Khatreena Nuraniah" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sharifah Khatreena Nuraniah
Yang Amat Mulia
KeputeraanSharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
(1995-02-10) 10 Februari 1995 (umur 29)
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia
Nama penuh
Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada (1995-02-10)10 Februari 1995 di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pendidikan

Yang Amat Mulia menerima pendidikan di INTER-COMMUNITY SCHOOL (ICS) OF ZURICH ketika menetap di Zumikon, Switzerland. Ayahandanya pernah bertugas sebagai Pengurus Kawasan di Switzerland, Austria dan negara-negara Eropah Tengah ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Beliau menerima dwi Ijazah Sarjana Muda Sastera (dalam Jurusan Politik dan Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Melbourne di Australia.[1]

Kehidupan peribadi

Yang Amat Mulia mempunyai seorang adinda perempuan, Sharifah Farah Adriana, yang diputerakan pada 4 Mac 2001 dan seorang adinda lelaki, Syed Sirajuddin Areeb Putra, yang diputerakan pada 12 April 2009.

Kerjaya

Yang Amat Mulia mempunyai rangkaian perniagaan fesyen jenama Khatreena yang menjurus kepada seni rekaan busana dan tudung wanita. Jenama rangkaian fesyen Khatreena miliknya sering terlibat dalam acara fesyen tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap bulan Ogos di Kuala Lumpur,Malaysia.[2] Acara pertunjukkan fesyen ini ialah satu siri acara musim panas (umumnya berlangsung selama lima hari) di mana koleksi rangkaian fesyen tempatan dan antarabangsa akan dipertontonkan kepada pembeli, pengamal media dan akhbar serta masyarakat umum.[3]

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Sharifah Khatreena Nuraniah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Rujukan

Lihat juga