Sindiket | |
---|---|
Pengarah | Bade Hj. Azmi |
Lakon layar | Bade Hj. Azmi |
Dihasilkan oleh | Dini Dalilah Wan Nordin Wan Nordin Wan Mahmud |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Zul Mahat |
Syarikat penerbitan | Loyal Studios Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 6 April 2017 |
Masa tayangan | 125 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu, Indonesia |
Bajet | RM3 juta |
Sindiket merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2017 arahan Bade Hj. Azmi terbitan Loyal Studios. Diilhamkan dari satu kisah benar, filem ini mengangkat isu jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2017.[1][2][3][4]
Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada unit khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy terhadap sebuah kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.
Sudah bertahun-tahun Inspektor Rudy menjejaki gerak-geri kumpulan ini. Akhirnya dia dapat menyerbu tempat dipercayai kubu utama persembunyian Galang, ketua kumpulan itu. Pertempuran berlaku antara pihak polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tetapi malangnya ketua mereka Galang berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, bukan Galang dan beberapa konconya sahaja, malah turut bersama-sama mereka ialah gadis-gadis yang telah menjadi mangsa. Antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.
Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib yang baru memasuki tahun satu di universiti. Mereka telah ditipu dalam satu iklan bercuti sambil memperoleh pendapatan di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu serta pendapatan yang lumayan di Malaysia.
Penggambaran filem ini dijalankan di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang di Sabah, pada Jun 2013. Sindiket turut menampilkan barisan pelakon dari Indonesia. Kos pembikinan filem dianggarkan berjumlah RM3 juta.[5] Sebanyak tujuh adegan dalam filem Sindiket dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ketika proses pos-produksi terakhir dijalankan.[6][7]
Sindiket dikeluarkan pada 6 April 2017 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal menulis untuk mStar Online menyifatkan Sindiket sebagai karya "hambar dan tawar" dan menganggap lakonan Sharifah Amani dan Liyana Jasmay tidak memberikan sebarang impak.[8]