SA
Sturmabteilung
Tanda kebesaran SA

Adolf Hitler dan Ernst Röhm memeriksa SA di Munich pada 1933.
Intisari agensi
Dibentuk1920
DibubarkanMay 8, 1945
Agensi yang mengambil alih
JenisOrganization
Bidang kuasa
Jerman Nazi Jerman Nazi
Ibu pejabatMarkas Besar SA, Barerstraße, Munich
48°8′37.53″N 11°34′6.76″E / 48.1437583°N 11.5685444°E / 48.1437583; 11.5685444
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Organization
Agensi induk
Jerman Parti Nazi
Agensi anak

Sturmabteilung (SA) (Sebutan bahasa Jerman: [ˈʃtʊɐ̯mʔapˌtaɪlʊŋ]  ( dengar); Pasukan Penggempur atau Detasmen Serangan, atau Seragam Warna Perang) berfungsi sebagai sayap asal separa tentera Parti Nazi. Ia memainkan peranan penting dalam kebangkitan kuasa Adolf Hitler pada tahun 1920an dan 1930an. Tugas-tugas utama mereka ialah menyediakan perlindungan bagi perhimpunan dan rapat umum Nazi, menganggu mesyuarat-mesyuarat pihak lawan dengan cara keganasan, menentang unit-unit separa tentera pihak musuh (terutama Rotfrontkämpferbund), melindungi Hitler dari sebarang serangan balas dan menakut-nakutkan rakyat Yahudi (sebagai contoh Boikot Nazi terhadap perniagaan Yahudi).

SA merupakan kumpulan separa tentera Nazi yang pertama membuat penganugerahan gelaran pseudo tentera kepada ahli-ahlinya. Pangkat SA telah diguna pakai oleh beberapa kumpulan lain Parti Nazi, terutamanya SS, iaitu cawangan asal SA. Anggota SA sering dipanggil "seragam perang" kerana disebabkan warna uniform mereka (serupa dengan seragam hitam Benito Mussolini). Pakaian seragam berwarna perang telah dipilih sebagai uniform SA kerana kainnya yang murah dan banyak didapati selepas Perang Dunia I, yang pada asalnya ditempah semasa peperangan untuk pasukan kolonial yang bertugas di bekas koloni Afrika Jerman.

SA dilucutkan kuasa selepas Hitler mengarah "Penyingkiran Berdarah" tahun 1934. Peristiwa ini dikenali sebagai Malam Pisau Panjang. SA secara efektifnya telah digantikan oleh SS, tetapi ia tidak dibubarkan dan hanya diharamkan selepas penyerahan terakhir Reich Ketiga kepada kuasa Bersekutu pada tahun 1945.

Sejarah Awal

Kapten Ernst Röhm dari Tentera Bavaria memainkan tugas yang penting merekrut ahli-ahli yang baru dan merupakan pemimpin SA yang pertama.

Kebanyakan daripada mereka adalah bekas ahli Freikorps (sayap kanan tentera peribadi yang berkembang selepas Perang Dunia I) dan mereka berpengalaman luas dalam menundukkan saingan dengan cara keganasan.

Apabila Roehm meninggalkan Jerman untuk bekerja di Bolivia pada 1925, jawatannya telah diambil oleh Heinrich Himmler. Namun demikian, pada 1931 Hitler memanggil balik Roehm ke Jerman untuk mengetuai SA semula. Keputusan Hitler amatlah tepat kerana dalam jangkamasa setahun, Roehm berjaya menambahkan ahli SA dari 70,000 ke 170,000 orang. Pada 1934, keahlian SA telah mencapai angka 4,500,000 orang.

Pasukan SA memakai jaket kelabu, pakaian berwarna perang (baju khaki yang pada asalnya untuk tentera di Afrika tetapi dibeli secara pukal dari Tentera Jerman oleh Parti Nazi), jalur tangan swastika, topi "ski-caps", knee-breeches, stokin bulu tebal dan but perang combat boots. Di iringi oleh kumpulan pancaragam dan membawa bendera-bendera swastika, mereka berarak disepanjang jalan-jalan Munich. Pada penghujung bulan Mac Hitler membuat ucapan berapi-api untuk menggalakkan pengikut-pengikutnya melakukan tindakan ganas terhadap orang-orang Yahudi dan penentang politik sayap kiri.

Kejatuhan

Selepas "penyingkiran berdarah"

Pemimpin

Organisasi

Lihat juga

Bacaan lanjut

Pautan luar