Taman Negara Serengeti | |
---|---|
IUCN Kategori II (Taman negara)
| |
Lanskap taman negara Serengeti
| |
Tanzania | |
Lokasi | |
Luas |
14,750 km2 (5,700 bt2) |
Ditubuhkan |
1951 |
Pelawat |
350,000 setahun[1] |
Badan pentadbir |
Tanzania National Parks Authority |
Jenis |
Semula jadi |
Kriteria |
vii, x |
Penetapan |
1981 (sesi ke-5) |
Nombor Rujukan | |
State Party | |
Region | |
sunting |
Taman Negara Serengeti adalah sebuah taman negara Tanzania dalam ekosistem Serengeti di kawasan Mara dan Simiyu.[2][3] Ia terkenal kerana migrasi tahunan lebih 1.5 juta ekor wildebeest berjanggut putih dan 250,000 ekor kuda belang di samping banyaknya buaya Nil dan bejar madu.
Orang Maasai sudah menggembala ternakan di dataran terbuka kawasan Mara timur, yang dinamakan "dataran tanpa hujung" selama sekitar 200 tahun apabila pengembara Eropah pertama, Oscar Baumann dari Austria melawat kawasan terbabit pada 1892.[4] Nama "Serengeti" berdasarkan perkataan yang digunakan oleh Maasai untuk memerikan kawasan berkenaan, iaitu siringet yang bermaksud "tempat tanah terbentang selamanya".[5]
Orang Amerika pertama yang memasuki Serengeti, Stewart Edward White, mencatatkan jelajahnya di utara Serengeti pada 1913. Beliau kembali ke Serengeti pada 1920-an dan berkhemah di kawasan sekitar Seronera selama tiga bulan. Selama ini beliau dan teman-teman menembak 50 ekor singa.[6]
Oleh sebab singa semakin jarang ekoran pemburuan, kerajaan penjajah British menetapkan rizab mergastua sekitar 800 ekar (3.2 km2) di kawasan berkenaan pada 1921. Tindakan inilah asas untuk Taman Negara Serengeti yang ditubuhkan pada 1951.
Serengeti kian terkenal ekoran usaha sulung Bernhard Grzimek dan anaknya Michael pada 1950-an yang bersama-sama menghasilkan buku dan filem Serengeti Shall Not Die yang teriktiraf umum sebagai antara karya dokumentari pemuliharaan alam yang terawal.
Untuk memelihara hidupan liar, British memindahkan kaum Maasai dari kawasan taman ke 1959 ke Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro. Masih banyak kontroversi mengenai tindakan ini dengan dakwaan mengenai pemaksaan dan penipuan oleh pihak berkuasa penjajah.
Taman inilah taman negara tertua Tanzania dan masih merupakan mercu tanda industri pelancongan negara berkenaan yang menyediakan tarikan utama kepada Northern Safari Circuit yang meliputi Taman Negara Tasik Manyara, Taman Negara Arusha dan Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro. Ia mempunyai lebih 2,500 ekor singa dan lebih sejuta ekor wildebeest.
Taman ini meliputi 14,750 kilometer persegi (5,700 bt2)[7] kawasan dataran rumput, savana, hutan sungai dan hutan rimbun. Letaknya di barat laut Tanzania, bersempadan dengan Kenya di utara di mana bersambungnya dengan Rizab Negara Maasai Mara. Di sebelah tenggaranya Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro, di barat dayanya Rizab Mergastua Maswa, di baratnya Rizab Mergastua Ikorongo and Grumeti, dan di sebelah timur laut dan timurnya Kawasan Kawalan Mergastua Loliondo. Bersama-sama semuanya bergelar ekosistem Serengeti.
Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian:
Manusia dilarang menduduk taman selain daripada kakitangan Lembaga Taman Negara Tanzania, penyelidik dan kakitangan Persatuan Zoologi Frankfurt, serta kakitangan pelbagai rumah inapan, perkhemahan dan hotel berkenaan. Petempatan utama ialah Seronera yang menempatkan majoriti penyelidik dan ibu pejabat utama taman, termasuklah padang terbang utamanya.
Taman ini terkenal sedunia kerana kepelbagaian hidupan liar dan biodiversiti tinggi.
Antara haiwan paling menarik pelancong, iaitu "Lima Teratas" ialah:
Karnivor -di samping Lima Teratas- termasuklah citah yang banyak terdapat kerana banyaknya mangsa gazel, kira-kira 4,000 ekor dubuk bertompok, dua spesies jakal, serigala keemasan Afrika, bajer madu, dubuk belang, serval, tujuh spesies cerpelai, dua spesies memerang dan anjing liar Afrika Timur yang diperkenalkan semula (pupus tempatan sejak 1991). Primat seperti babun Anubis dam monyet patas juga kelihatan di hutan gerbang Sungai Grumeti.
Mamalia lain termasuk ardvark, serigala tanah (aardwolf), rubah bertelinga kelawar, tenggiling tanah, landak berjambul, tiga spesies hyrax, dan arnab tanjung.
Taman Negara Serengeti turut mempunyai 500 spesies burung, termasuk burung unta Masai, burung sekretari, bustard kori, ayam piru berketopong, enggang tanah selatan, jenjang berbalung, burung botak marabou, burung botak paruh kuning, flamingo kecil, helang perang, burung cinta, oxpecker, dan banyak spesies hering.
Reptilia di Taman Negara Serengeti termasuk buaya Nil, kura-kura harimau bintang, tuntung berengsel gerigi, agama pelangi, biawak Nil, sumpah-sumpah, ular sawa Afrika, mamba hitam, ular tedung meludah leher hitam, dan puff adder.
|url=
value. Empty.