Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Tarekat" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (November 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Tarekat (Arab: طَرِيقَة, rumi: ṭarīqah terbitan طَرِيق ṭarīq "jalan" lanjutan dari kata kerja طَرَقَ ṭaraqa "melalui"[1]) lazimnya merujuk kepada satu konsep atau mazhab dalam kesufian Islam. Ilmu tarekat adalah suatu pengajian atau kaedah untuk mengenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Pemahaman

[sunting | sunting sumber]

Menurut Al-Jurjani ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali (740-816 M), tarekat ialah kaedah khusus yang dipakai oleh salik (para penempuh jalan) menuju Allah Ta’ala melalui tahapan (maqamat). Dengan demikian tarekat memiliki dua pengertian:

  1. cara pemberian bimbingan rohani kepada individu dalam mengarahkan kehidupannya menuju kedekatan diri dengan Tuhan.
  2. sebagai persaudaraan kaum sufi (sufi brotherhood) yang ditandai dengan adanya lembaga formal seperti zawiyah, ribath, atau khanaqah.

Bila ditinjau dari sisi lain tarekat itu mempunyai tiga sistem iaitu kerahsiaan, kekerabatan (persaudaraan) sistem hierarki (seperti khalifah tawajjuh atau khalifah suluk, syeikh atau mursyid, wali atau qutub). Kedudukan guru tarekat diperkukuh dengan ajaran wasilah dan salasilah digolongkan guru ini. Keyakinan berwasilah dengan guru dipererat dengan kepercayaan karamah, barakah atau syafa’ah atau limpahan pertolongan dari guru.

Pembelajaran

[sunting | sunting sumber]

Syarat

[sunting | sunting sumber]

Muhammad Hasyim Asy'ari sebagaimana dikutip oleh Muhammad Sholikhin, seorang penganalisis tarekat dan sufi mengatakan bahawa ada lapan syarat dalam mempelajari tarekat:[2]:17-18

Tujuan

[sunting | sunting sumber]

Tujuan tarekat adalah membersihkan jiwa dan menjaga hawa-nafsu untuk melepaskan diri dari pelbagai bentuk ujub, takabur, riya', hubbud dunya (cinta dunia), dan sebagainya. Tawakal, rendah hati/tawaduk, reda, mendapat makrifat dari Allah juga menjadi tujuan tarekat.[2]:19-20

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 229–230. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Muhammad Sholikhin (2008). Mukjizat dan Misteri Lima Rukun Islam: Menjawab Tantangan Zaman. Yogyakarta: Penerbit Mutiara Media. ISBN 978-979-878-0170-2 Check |isbn= value: length (bantuan).