Wafa Awla | |
---|---|
Lahir | Nurul Wafa Aula Alias 14 Disember 1994 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus |
Nama pena | Wafa Awla |
Pekerjaan | Wartawan, Penulis |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Warganegara | Malaysia |
Alma mater | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Genre | Puisi, cerpen, esei |
Wafa Awla merupakan seorang pengarang dan wartawan di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Disember 1994 di Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau merupakan penerima ijazah kewartawanan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai penulis dan wartawan di beberapa agensi media seperti Astro Awani, SelangorKini dan Media Prima Radio Networks (kini dikenali sebagai Media Prima Audio).
Wafa Awla mula berkhidmat berkhidmat sebagai wartawan hiburan dan gaya hidup di portal Getaran, milik Petra News Group, dari tahun 2019 hingga 2022.[1]
Kini beliau merupakan wartawan hiburan di Utusan Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang penulis lagu dan pernah menulis lirik dan membuah gubahan bagi beberapa lagu, terutamanya bagi sebuah kumpulan The PRISM dan pernah menulis lagu untuk runut bunyi beberapa drama bersiri tempatan di RTM dan Astro.[2]
Wafa Awla juga mendapat latihan kepengarangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi Minggu Penulis Remaja pada tahun 2011.
Pada tahun 2021, nama Wafa Awla mula dikenali ramai apabila beliau menerbitkan kumpulan puisi dan catatan berjudul Perempuan Dari Masa Lalu bersama JIWA, sebuah imprin milik Jejak Tarbiah.[3]
Hasil penulisan Wafa Awla, dari tahun aktif (2012) sehingga kini:
Lagu-lagu yang pernah ditulis oleh Wafa Awla sepanjang tahun aktif (2017 hingga kini):
Lagu | Tahun | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
"Pejam" (OST bagi drama My Coffee Prince Malaysia di Astro RIA) | 2017 | The PRISM | Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik.[9] |
"Di Laman Tahajud" | 2018 | Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik.[10] | |
"Di Redup Takdir" (OST bagi drama "Cinta Maya" di RTM) | Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik bersama Ajwad Amal.[11] |
Wafa Awla juga aktif menerbitkan podcast sama ada bersama penerbit lain atau secara persendirian. Berikut ialah senarai podcast yang dikeluarkan beliau:
Wafa Awla juga aktif menerbitkan podcast sama ada bersama penerbit lain atau secara persendirian. Berikut ialah senarai podcast yang dikeluarkan beliau:
Podcast | Tahun | Penerbit | Catatan |
---|---|---|---|
"Ada ke patut?" | 2019 | Audio+ (Media Prima Audio) | Dikreditkan sebagai penulis dan hos bersama Shahir.[12] |
"Cik Hujan Podcast" | 2020-2021 | Wafa Awla | Dikreditkan sebagai penulis dan hos.[13] |
Tahun | Tajuk | Pengarah | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Perempuan dari Masa Lalu | Helmie Yusoh | Penulis dan pelakon | Diterbitkan oleh Think Media MY |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018-2019 | Kutip Suara | Hos dan Penulis | Siri digital yang mengupas isu-isu semasa. Bersiaran sebanyak dua musim oleh Dhia TV di Youtube. Dihoskan bersama Shamsul Amin dan Aisyah Badrul.[14] |
2019 | PM Tepi Je Lah | Hos dan penulis | Siri yang mengetengahkan individu-individu dalam masyarakat dan cerita-cerita mereka. Bersiaran selama satu musim oleh Dhia TV di Youtube.[15] |
Berikut ialah anugerah/pencalonan yang pernah diterima oleh Wafa Awla dari tahun aktif (2012) sehingga kini:
Anugerah | Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan | 2015 | Kategori B (Karya Eceran) - Cerpen Terbaik | Tercalon |
Kategori B (Karya Eceran) - Puisi Terbaik | Tercalon | ||
IIUM Today Appeciation Award | 2016 | Best Feature Writer Award | Menang |
2017 | Dedicated Editor Award | Menang | |
Hadiah Sastera SelangorKini | 2018 | Karya Eceran Cerpen (untuk cerpen Carulean) | Tercalon |