Nama lain | Collie Tanah Tinggi Collie gunung hairy mou'ed collie | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Beardie | ||||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Collie berjanggut[a] ialah satu baka anjing gembala yang pernah digunakan terutamanya oleh gembala Scotland,[1] tetapi kini kebanyakannya merupakan teman keluarga popular.
Collie berjanggut mempunyai purata berat 18–27 kilogram (40–60 lb). Jantannya setinggi sekitar 53–56 cm (21–22 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula setinggi sekitar 51–53 cm (20–21 in).[2]
Legenda asal usul collie berjanggut ialah bahawa leluhur bagi anjing gembala tanah pamah Poland ditinggalkan di pesisir Scotland dan anjing ini kemudian dibiakbakakan dengan anjing gembala asli.[3] Varian dalam cerita ini ialah bahawa Kazimierz Grabski, seorang saudagar Poland, dilaporkan menukarkan penghantaran bijirin untuk biri-biri di Scotland pada tahun 1514 dan membawa enam ekor anjing gembala tanah pamah Poland untuk memindahkan haiwan berkenaan. Seorang gembala Scotland begitu kagum dengan kebolehan penggembalaan anjing itu sehingga dia menukarkan beberapa ekor biri-biri dengan beberapa ekor anjing.[4] Anjing gembala Poland itu dibiakbakakan secara bersilang dengan anjing Scotland tempatan untuk menghasilkan collie berjanggut.[5]
Rujukan bertulis pertama kepada collie berjanggut hadir pada tahun 1891,[6] apabila D.J. Thomson Gray menerangkannya dalam buku beliau The Dogs of Scotland ("Anjing di Scotland") seperti yang berikut:
Terjemahan: Koyok besar, kasar, dan kelihatan berjumbai, dengan lapis bulu yang seperti alas kaki pintu, dengan tektsur bulu keras dan berserat, dan telinga yang tergantung dekat-dekat dengan kepala.
Pada umumnya ada persetujuan bahawa Puan G. Olive Willison mengasaskan collie berjanggut moden pada tahun 1944 dengan betina perangnya, Jeannie of Bothkennar.[7] Jeannie kononnya sepatutnya merupakan seekor anjing gembala Shetland, tetapi Puan Willison menerima seekor collie berjanggut secara tidak sengaja. Beliau begitu tertarik dengan anjing itu sehingga beliau ingin memulakan pembiakbakaan. Maka, beliau mula mencari seekor anjing jantan untuk Jeannie. Semasa berjalan di sepanjang pantai, Puan Willison bertemu dengan seorang lelaki yang berhijrah dari Scotland; beliau menjadi pemilik anjing kelabu milik lelaki itu, David, yang menjadi Bailie of Bothkennar.[6]
Bailie dan Jeannie of Bothkennar merupakan pengasas baka pertunjukan moden;[5] hanya terdapat beberapa susur galur yang boleh didaftarkan, sebahagian besarnya dipulihara oleh ketabahan En. Nicolas Broadbridge (Sallen) dan Pn. Betty Foster (Bredon). Ini adalah berdasarkan Turnbull's Blue—seekor collie berjanggut daripada ternakan pekerja tulen, yang didaftarkan dalam ISDS semasa ISDS masih mendaftarkan collie selain collie sempadan. Ia membapai tiga perinduk collie berjanggut yang dapat didaftarkan.[perlu rujukan]
Sementara susur galur baka boleh daftar dapat dijejak kepada sebilangan terhad susur galur, masih terdapat banyak collie berjanggut tidak boleh daftar di Scotland, sesetengah daripadanya masih bekerja sebagai anjing gembala.[6]
Baka ini menjadi popular pada separuh akhir abad ke-20—sebahagiannya didorong oleh Potterdale Classic at Moonhill, seekor collie sempadan yang memenangi Best in Show dalam Crufts pada tahun 1989. Bearded Collie Club meraikan Jubli Emasnya pada tahun 2005.[perlu rujukan]
Collie berjanggut berada di kedudukan 117 daripada 175 baka dari segi kepopularan di Amerika Syarikat, menurut ranking baka tahunan American Kennel Club.[8] Collie berjanggut paling baik diperoleh daripada pembiak baka bereputasi baik atau penyelamat anjing.[9][10] Terdapat persatuan penyelamatan collie berjanggut, seperti Bearded Collie Rescue[11] dan "Rescue Me".
Collie berjanggut sangat sesuai sebagai anjing peliharaan untuk mereka yang bersedia untuk memenuhi paras tenaga tingginya - ia sangat bersemangat dan mempunyai sifat riang. Ia juga memerlukan penjagaan bulu kerap; pemberusan mingguan adalah wajib untuk memastikan bahawa bulu panjang merekanya tidak kusut. Sesetengah pemilik collie berjanggut memilih untuk membela anjing peliharaan mereka dalam gaya potongan bulu "potongan anak anjing", yang mengurangkan keperluan untuk pemberusan. Collie berjanggut ialah baka bertenaga yang pada asalnya diniatkan untuk kerja di Tanah Tinggi Scotland dalam penggembalaan biri-biri; ia juga cemerlang dalam treibball,[12] ketangkasan anjing, dan ujian kepatuhan.[perlu rujukan]
Collie berjanggut digunakan untuk menggembala kedua-dua biri-biri dan lembu. Ia pada asasnya merupakan anjing pekerja—dibiakbakakan untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai, mampu bertahan dalam keadaan paling teruk dan biri-biri paling sukar. Collie berjanggut pekerja telah berkurangan dalam beberapa dekad terakhir dan berisiko pupus;[perlu rujukan]
Naluri dan kebolehkendalian penggembalaan dapat ditaksir dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Collie berjanggut yang menunjukkkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]
Saiz purata perinduk ialah tujuh ekor anak anjing.[perlu rujukan]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]
Punca utama bagi kematian dalam kalangan collie berjanggut dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan usia lanjut (26%), kanser (19%), penyakit serebrovaskular (9%), dan kegagalan ginjal kronik (8%).[15]
Kecenderungan lanjut baka collie berjanggut yang sedia ada termasuk: Keadaan kulit, seperti pemfigus foliaseus dan penyakit kulit hitam, displasia folikel, keadaan otot rangka seperti kehelan siku kongenital, dan keadaan mata, seperti distrofi kornea, katarak, dan atrofi retina progresif menyeluruh (GPRA).[16]
Hipoadrenokortisisme (juga dikenali sebagai penyakit Addison) ialah penyakit terwaris pada collie berjanggut, walaupun mekanisme pewarisan tidak diketahui.[17] Penyakit ini berlaku apabila korteks adrenal mengeluarkan hormon glukokortikoid dan/atau mineralokortikoid tidak cukup. Penyakit ini menjejaskan hampir-hampir 2–3.4% collie berjanggut di Amerika Syarikat/Kanada[18] dan menyebabkan kematian bagi sekurang-kurangnya 1% collie berjanggut di United Kingdom.[19] Ini merupakan peratusan jauh lebih tinggi berbanding dengan peratusan untuk populasi anjing umum (0.1%) dan hipoadrenokortisisme menyebabkan angka kematian tidak berperkadaran dalam kalangan anjing muda.[18]
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid=
value (bantuan).
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Collie berjanggut |
Anjing berasal dari United Kingdom | |
---|---|
Hound | |
Gundog | |
Terier | |
Anjing gembala | |
Lain-lain | |
Pupus |
|
|
Baka haiwan bela jinak Scotland | |
---|---|
| |
Anjing | |
Ayam itik |
|
Babi |
|
Biri-biri |
|
Kuda |
|
Lembu |
|