Grehaun Inggeris, greyhound Inggeris,[a] atau hanya grehaun atau greyhound,[b] ialah satu bakaanjing pemburu penglihatan yang telah dibiakbakakan untuk coursing, perlumbaan grehaun, dan perburuan. Sejak peningkatan adopsi besar-besaran grehaun perlumbaan bersara, baka ini telah menyaksikan kebangkitan semula sebagai anjing peliharaan keluarga.
Grehaun ditakrifkan sebagai jenis anjing pemburu penglihatan "berbentuk S", tinggi, berotot, dan berbulu licin dengan tungkai panjang dan kaki teguh. Grehaun ialah baka terpisah daripada anjing pemburu penglihatan berkaitan lain, seperti grehaun Itali.[2][3]
Grehaun ialah baka lemah lembut dan cerdas dengan gabungan tungkai panjang dan berkuasa, dada dalam, spina boleh lentur, dan tubuh langsing yang membolehkannya mencapai purat kelajuan perlumbaan yang melebihi 64 kilometer per jam (40 mph).[4][5][6] Grehaun mampu mencapai kelajuan penuh sekurang-kurangnya 21.3 m/s (77 km/j) seperti yang direkodkan oleh Shall Not di litar lurus Richmond pada 29 April 2023 untuk pecahan kedua di antara 110m dengan 220m.[7][8][9]
Dalam budaya
Sebagai maskot
Greyhound kerap digunakan sebagai maskot oleh pasukan sukan, kedua-dua profesional dan amatur, serta banyak pasukan kolej dan sekolah tinggi.
Profesional
Sault Ste. Marie Greyhounds (Liga Hoki Ontario)
Ohio Valley Greyhounds (United Indoor Football)
Kolej
Assumption College (di Worcester, Massachusetts)
Universiti Indianapolis
Universiti Loyola Maryland
Universiti New Mexico Timur
Kolej Komuniti Kawasan Moberly (di Moberly, Missouri)
Moravian College di Bethlehem, Pennsylvania
Kolej Yankton (Yankton, Dakota Selatan)
Athol Murray College of Notre Dame (Wilcox, Saskatchewan)
Mid-South Community College (Memphis Barat, Arkansas)
Kolej Komuniti Fort Scott (Fort Scott Kansas)
Kolej Kearsney (Botha's Hill, KwaZulu-Natal)
Lain-lain
Syarikat bas Greyhound Bus Lines kadang-kadang menyiarkan iklan televisyen yang dibintangi oleh seekor greyhond janaan komputer yang bercakap.
Angkatan polis Andhra Pradesh (India) mempunyai sebuah unit operasi khas bernama Greyhounds.
"Greyhound" merupakan nama bagi beberapa buah roller coaster di Amerika Syarikat dan di Kanada. Tiada daripadanya yang beroperasi pada hari ini.
Di Australia, greyhound perlumbaan biasanya dikenali dalam peristilahan slanga sebagai "dish licker".
Single bukan album 1968 The Who "Dogs" dan "Dogs (Part II)" merupakan rujukan humor bagi perlumbaan greyhound dan pertaruhan yang berkaitan.
Keluarga watak utama bagi siri televisyen animasi The Simpsons mempunyai seekor greyhound bernama Santa's Little Helper.
1 Factory Radio, sebuah pengilang semula radio kereta berpangkalan keluar dari Richmond, Virginia, terutamanya menojolkan seekor greyhound pada logonya berdasarkan "maskot" bekas pelumba nyata, Logo Star Terrific and Bob.
Seni kulit bekas album Britpop 1994 "Parklife" oleh Blur menonjolkan greyhound.
M8 Light Armored Car, sejenis kenderaan ketenteraan Amerika Syarikat, diberi nama julukan "Greyhound" oleh angkatan bersenjata British semasa Perang Dunia Kedua.
Kite, satu watak daripada siri anime/mangaGinga Densetsu Weed dikatakan merupakan kacukan greyhound.
Dalam bahasa Perancis, kedudukan seks yang dikenali sebagai gaya anjing dikenali sebagai position de la levrette (Kedudukan greyhound betina).
"The Greyhound"(Inggeris) Roger D. Williams, dalam The American Book of the Dog Penyunting George O. Shields. Chicago, Amerika Syarikat: Rand Mcnally, 1891
Greyhound Nation: A Coevolutionary History of England, 1200–1900(Inggeris). Edmund Russell, Cambridge University Press, 2018. ISBN978-0521762090
The Greyhound and the Hare: A History of the Breed and the Sport(Inggeris). Charles Blanning, The National Coursing Club, 2018.
Twenty Two Waterloo Cups 1981-2005(Inggeris). Charles Blanning, Fullerton Press bersama-sama dengan National Coursing Club, 2022.
High speed galloping in the cheetah (Acinonyx jubatus) and the racing greyhound (Canis familiaris): spatio-temporal and kinetic characteristics(Inggeris). Hudson et al. Journal of Experimental Biology 215.14, 2012.[1][pautan mati]