Daerah Segamat
Transkripsi lain
 • Jawiسڬامت
 • Cina昔加末县
 • Tamilசிகாமட்
Bendera Daerah Segamat
Lokasi Daerah Segamat di Johor
Lokasi Daerah Segamat di Johor
Daerah Segamat is located in Bumi
Daerah Segamat
Daerah Segamat (Bumi)
Koordinat: 2°30′44″N 102°48′48″E / 2.512316127857605°N 102.81344756762122°E / 2.512316127857605; 102.81344756762122Koordinat: 2°30′44″N 102°48′48″E / 2.512316127857605°N 102.81344756762122°E / 2.512316127857605; 102.81344756762122
Negara Malaysia
Negeri Johor
PusatSegamat
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Segamat MPS (utara)
Majlis Daerah Labis MDL (selatan)
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahMohd Masni Wakiman
 • Yang Dipertua MPSYM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria
 • Yang Dipertua MDLHerman Raban
Keluasan
 • Jumlah2,807.29 km2 (1,083.90 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah179,762
 • Kepadatan64/km2 (170/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
85xxx
Kod panggilan+6-07
Nombor plat kenderaanJ
Bandar Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di utara negeri Johor dan mempunyai keluasan 2807 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 197,762 orang pada tahun 2020.

Etimologi

Asal nama Segamat dipercayai berasal daripada sebuah kisah iaitu sekitar kurun ke-16, Sultan Ahmad dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan Melaka kerana diserang oleh Portugis lalu bertapak di Pagoh. Setelah diserang di Pagoh mereka telah berundur dengan tujuan ke Penarikan dan kemudiannya ke hilir Pahang. Di pertengahan jalan, Bendahara duduk bersandar di banir kayu menghadap lubuk yang dihadapannya, Sultan Ahmad dan ayahandanya tidak jauh dari situ, mereka bersama-sama berhenti penat dan berehat selama dua hari.

Sambil duduk, Datuk Bendahara melempar-lempar tangan membuang kebas lalu tercapai olehnya seketul batu lalu ditimang-timangnya. Sambil mukanya berkedut kesal, dirinya berkata "Dahaga rasanya aku, ambilkan air barang seteguk di sungai itu". Sambil berkata ia memandang Selamat Gagah. Selamat Gagah faham bahawa yang dimaksudkan ialah supaya mengambil air sungai itu lalu dicarikannya upih lalu dibuatnya temika. Kemudian diceduknya air hingga penuh lalu diberikan kepada Datuk Bendahara. Sambil tangannya menyambut temika air, batu di tangan dilontar ke lubuk sungai, katanya di dalam hati, "Kalau timbul batu itu, baliklah aku ke Melaka". Mendengarkan kata Datuk Bendahara demikian Sultan Ahmad menoleh kepada Datuk Bendahara, tetapi Sultan tidak mengeluarkan sepatah kata pun.

Air di temika diminum sepuas-puasnya oleh Datuk Bendahara lalu berkata, "Segar amat ku rasa badan ini, sungguh lazat diminum, apakah nama sungai ini Selamat?", Selamat menjawab, "Tidak hamba ketahui, kerana baru sekali ini bersua." Bendahara berkata lagi "Ya, Segar amat, ku rasa seolah-olah tenagaku pulih semula, ya, segar amat sungai ini jika airnya di minum.". Berkata mereka serentak yang meneguknya, "Ya, segar amat". Lalu nama segar amat itu terus berubah menjadi Segamat.[2]

Pentadbiran

Daerah Segamat ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Segamat dan Majlis Daerah Labis. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Segamat. Daerah ini terbahagi kepada 11 mukim, enam bandar dan sebuah pekan.

Peta daerah Segamat

Mukim

  1. Bekok
  2. Buloh Kasap
  3. Chaah
  4. Gemas
  5. Gemereh
  6. Jabi
  7. Jementah
  8. Labis
  9. Pogoh
  10. Sermin
  11. Sungai Segamat

Bandar dan pekan

  1. Bandar Batu Anam
  2. Bandar Bekok
  3. Bandar Buloh Kasap
  4. Bandar Jementah
  5. Bandar Labis
  6. Bandar Segamat
  7. Pekan Gemas Bahru

Geografi

Daerah Segamat terletak di utara negeri Johor bersempadan dengan Negeri Sembilan iaitu daerah Tampin dan Jempol di barat, daerahRompin, Pahang di utara, daerah Mersing di timur dan daerah Muar,Tangkak, Batu Pahat serta Kluang di selatan.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu ialah 26.84 °C (80.3 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.6 °C (81.7 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.1 °C (79.0 °F).[3] Purata kerpasan di Segamat adalah 2286.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 330.4 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 110.6 milimeter.[3]

Data iklim untuk Segamat (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.3
(79.3)
26.8
(80.2)
27.2
(81.0)
27.3
(81.1)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
27.0
(80.6)
26.9
(80.4)
26.7
(80.1)
26.6
(79.9)
26.3
(79.3)
26.1
(79.0)
26.8
(80.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 187.0
(7.36)
110.6
(4.35)
172.9
(6.81)
188.7
(7.43)
180.2
(7.09)
150.5
(5.93)
151.6
(5.97)
177.2
(6.98)
168.8
(6.65)
211.4
(8.32)
257.5
(10.14)
330.4
(13.01)
2,286.8
(90.04)
Sumber: ClimateCharts[3]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970127,600—    
1980150,501+17.9%
1991177,561+18.0%
2000177,916+0.2%
2010182,985+2.8%
2020197,762+8.1%
Pecahan etnik di Segamat - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
57.3%
Cina
  
33.9%
India
  
8.4%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Segamat ialah seramai 179,762 orang dengan kepadatan penduduk 69 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 57 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 65,038 tempat kediaman dengan sebanyak 52,855 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 138 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 39 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 19 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 106,696
Cina 63,132
India 15,711
Lain-lain 582
Bukan warganegara N/A 11,641

Agama

Agama di Segamat - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
57.3%
Buddha
  
31.6%
Hinduisme
  
8.5%
Kristian
  
1.1%
Tidak beragama
  
1.0%
Lain-lain
  
0.5%

Majoriti penduduk di daerah Segamat beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[4]

Agama Jumlah
Islam 113,382
Buddha 62,404
Hindu 16,807
Kristian 2,099
Lain-lain 1,063
Tidak beragama 2,006
Tidak diketahui 1

Ekonomi

Pertanian merupakan penyumbang utama terhadap ekonomi Segamat, menyumbang sejumlah 61.8% daripada jumlah pekerjaan pada tahun 1991. Penyumbang ekonomi kedua ialah sektor pengeluaran, iaitu sejumlah 13.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 1995. Ia disusuli sektor perkhidmatan kerajaan, iaitu sejumlah 12.2% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun yang sama.

Pengangkutan di Segamat

Terminal Pengangkutan Awam Segamat di Bandar Segamat.

Segamat mempunyai jaringan jalan raya persekutuan dan negeri yang cukup baik. Laluan Persekutuan adalah jalan raya utara-selatan utama, yang turut dihubungkan ke lebuh raya kebangsaan utama, Lebuhraya Utara-Selatan E2 (jajaran selatan), melalui EXIT 227 (Persimpangan Simpang Ampat) dan EXIT 243 (Persimpangan Yong Peng Selatan); kedua-duanya terletak di luar Daerah Segamat.

Laluan Persekutuan menghubungkan Segamat dengan bandar-bandar utama di kawasan barat daya seperti Tangkak, Bandar Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ia juga dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan E2 melalui EXIT 235 Persimpangan Tangkak. Sementara itu, Lebuhraya Tun Razak laluan menghubungkan Segamat dengan Kuantan serta negeri-negeri pantai timur.

Selain itu, terdapat beberapa jalan raya negeri utama di Segamat, antaranya:-

Perkhidmatan

Selain sistem jaringan jalan raya, Daerah Segamat juga turut dihubungkan dengan sistem kereta api kebangsaan di stesen kereta api Segamat dan Labis.

Tempat menarik

Dataran Segamat
Bangunan Tertinggi Segamat

Kesenian dan Kebudayaan

Segamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya. Tarian ini menjadi semakin popular di seantero dunia.

Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.

Rujukan

  1. ^ http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pejabat-tanah-segamat/profil-daerah
  2. ^ "Info Segamat | Portal Rasmi Majlis Daerah Segamat". Dicapai pada 1 Mac 2023.
  3. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Segamat". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  4. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/