Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. Tolong bantu mewujudkan kelayakan dengan menambah sumber sekunder yang boleh dipercayai tentang topik tersebut. Jika kelayakan tidak dapat diwujudkan, rencana ini kemungkinan besar akan digabungkan, dilencongkan ataupun dipadamkan. (November 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana ini mungkin mengandungi rujukan berlebihan atau yang tidak wajar kepada sumber terbitan sendiri. Sila bantu memperbaikinya dengan membuang rujukan kepada sumber yang tidak boleh dipercayai, di mana kegunaannya tidak sesuai. (November 2023)

Kami Orang KL ialah sebuah siri drama Malaysia tahun 2023 arahan Nur Ain Sharif dibintangi oleh Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Amyza Aznan dan ramai lagi. Drama ini akan memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 30 November 2023 menggantikan Melastik Ke Hatimu 2. [1]

Kami Orang KL
Genre
Ditulis olehEirma Fatima
PengarahNur Ain Sharif
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kong Kali Kong" oleh Floor 88 X Namie
Lagu penutup"Kong Kali Kong" oleh Floor 88 X Namie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifCitra Abdullah
Ain Abdullah
PenerbitAhmad Albab Abdullah
Ahmad Arri Abdullah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 November 2023 – 30 Disember 2023
Kronologi
MengikutiMelastik Ke Hatimu 2
Diikuti olehHawt Fellas

Sinopsis

[sunting | sunting sumber]

Kisahnya bermula apabila Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah untuk tinggal di rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein, yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin.

Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da. Kekecohan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL.

Hassan, anak lelaki kepada Rafeah juga ingin menjadi penyanyi terkenal. Manakala anak perempuannya pula, Kamsiah memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu.

Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Pelakon

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Marhaban

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Kami Orang KL mcentralmy. Dicapai pada 30 November 2023.