Pemburu Bayang | |
---|---|
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis |
|
Lakon layar | Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam Ismail Mustapha (bersekutu) M. H. Noor (bersekutu) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Yusof Kelana |
Disunting oleh | Sallehan Shamsuddin |
Muzik oleh | P.H Lim |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1993 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pemburu Bayang merupakan sebuah filem aksi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1993. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam.
Filem Pemburu Bayang mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Awie, Ella, Shaharuddin Thamby, Erma Fatima dan ramai lagi.
Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella. Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat, hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari, isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu rahsia di sebalik kejadian tersebut.
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-11 | Pelakon Lelaki Terbaik | Shaharuddin Thamby | Tercalon |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Erma Fatima | Tercalon | |
Penata Bunyi Terbaik | P.H Lim | Tercalon |