Skop Productions ialah sebuah syarikat hiburan Malaysia yang diasaskan oleh Yusof Haslam pada tahun 1984, yang menerbitkan dan mengedarkan filem.[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cereka berbahasa Melayu termasuk tiga filem yang belum dikeluarkan. Terdapat juga filem terbitan Skop Productions yang diterbitkan bersama dengan syarikat seperti Grand Brilliance, Ace Motion Pictures dan Astro Shaw. Selain itu, syarikat ini turut mengedarkan filem-filem terbitan syarikat penerbitan lain.
Keluaran filem pertama Skop tiba pada 1991 menerusi filem pertama arahan Yusof, Bayangan Maut yang menampilkan Ratu Rock Ella, Faizal Hussein, A. Galak, Noorkumalasari dan Yusof sendiri. Syarikat ini kemudian menerbitkan filem aksi Pemburu Bayang (1993) lakonan Awie dan Malek Noor. Kejayaan komersial pertama Skop hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Yusof memperoleh gelaran "Six Million Dollar Man". Filem-filem keluaran Skop yang turut menjadi kejayaan komersial ialah Tragedi Oktober (1996), Gemilang (1997) dan Bara (1999). Selain Yusof, pengarah-pengarah lain seperti Yusof Kelana, Ahmad Idham dan Aziz M. Osman turut mengarahkan filem mereka di Skop.
Pada tahun 2000-an, Skop Productions menerbitkan beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie (2001) dan dua filem susulannya yang masing-masing dikeluarkan pada 2002 dan 2005. Dua anak lelaki Yusof, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mengikut jejak langkah beliau sebagai pengarah.[2][3] Pada tahun 2007, Syamsul memulakan kerjaya pengarahannya menerusi filem Evolusi KL Drift (2008), lakonan dirinya sendiri, Farid Kamil, Fasha Sandha, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Filem ini merupakan kejayaan komersial di pecah panggung dan meraih kutipan sebanyak RM4.5 juta. Syafiq mula menduduki kerusi pengarah pada 2011 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Menerusi filem ini, Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book of Records.
Filem Skop Productions dengan kutipan tertinggi pada 2010-an hadir dengan Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (kedua-duanya pada 2011), diikuti oleh Munafik (2016), Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force dan Munafik 2 (kedua-duanya 2018) dan Misteri Dilaila (2019).[4] Kesemua tujuh filem tersebut telah menerima ranking antara filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Antara pelakon yang pernah berlakon dalam filem-filem terbitan Skop Productions ialah Awie, Erra Fazira, AC Mizal, Deen Maidin, Aaron Aziz, Farid Kamil, Salina Saibi, Azad Jasmin, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Scha Al-Yahya, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Zizan Razak dan lain-lain.
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan |
Tajuk | Tahun | Pengarah | Pelakon | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Bayangan Maut | 1991 | Yusof Haslam | Yusof Haslam, Noorkumalasari, Ella, A. Galak, Kuswadinata, Faizal Hussein | Filem dimiliki oleh SIAR | [5] |
Pemburu Bayang | 1993 | Yusof Haslam | Shaharuddin Thamby, Awie, Malek Noor | ||
Sembilu | 1994 | Yusof Haslam | Awie, Erra Fazira, Ziana Zain | [6] | |
Sembilu II | 1995 | Yusof Haslam | Awie, Erra Fazira, Ziana Zain | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR | |
Tragedi Oktober | 1996 | Yusof Kelana | Awie, Erra Fazira, Amy Mastura, Riezman Khuzaimi | diterbitkan dengan kerjasama ME Communications | |
Maria Mariana | 1996 | Yusof Haslam | Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galak | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR | |
Gemilang | 1997 | Yusof Haslam | Erra Fazira, Hans Isaac, Jalaluddin Hassan, Ning Baizura, A. Galak | ||
Maria Mariana II | 1998 | Yusof Haslam | Erra Fazira, Ziana Zain, Ning Baizura, Awie, Rosyam Nor | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR | [7] |
Bara | 1999 | Yusof Haslam | Awie, Nasha Aziz, Rosyam Nor, Zamani Slam, Arni Nazira | ||
Pasrah | 2000 | Yusof Haslam | Erra Fazira, Norman Hakim, Wilma Muhammad, Abby Abadi, Mazlan Pet Pet, AC Mizal | [8] | |
Gerak Khas The Movie | 2001 | Yusof Haslam | AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Rosyam Nor, Norman Hakim, Nasha Aziz, Normala Samsudin, Lan Pet Pet | Filem dimiliki oleh SIAR | [9] |
Gerak Khas The Movie II | 2002 | Yusof Haslam | Abby Abadi, AC Mizal, Juliana Banos, Azri Iskandar, Faizal Hussein, Ida Nerina, Afdlin Shauki, Normala Shamsuddin | [10] | |
Mr. Cinderella | 2002 | Ahmad Idham | Yusry KRU, Erra Fazira | diterbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures | |
Gila-Gila Pengantin | 2003 | Aziz M. Osman | Erra Fazira, Norman Hakim, Juliana Banos, Hairie Othman, Salih Yaacob, Syanie, M. Rajoli | diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR | |
Janji Diana | 2003 | Yusof Haslam | Erra Fazira, Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Faizal Hussein | ||
MX3 | 2003 | Yusof Kelana | Saiful Apek, Zul Yahya, Faizal Hussein, Syanie, Juliana Banos, Azlee Senario | diterbitkan dengan kerjasama ME Communications | [11] |
Mr. Cinderella 2 | 2003 | Din CJ | Yusry KRU, Erra Fazira, Maya Karin, Opie Zami | diterbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures | |
Gila-Gila Pengantin Remaja | 2004 | Aziz M. Osman | Juliana Banos, Afdlin Shauki, Zahnita Hussein, Beego, Saiful Apek | diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR | |
GK3 The Movie | 2005 | Yusof Haslam | Norman Hakim, Abby Abadi, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, Faizal Hussein | diterbitkan dengan kerjasama Lotus Five Star; Filem dimiliki oleh SIAR | [12] |
Sembilu 2005 | 2005 | Yusof Haslam | Vince, Hetty Sarlene, Zed Zaidi, Khai, Ziana Zain, Juliana Banos | [13] | |
Pontianak Menjerit | 2005 | Yusof Kelana | Ziana Zain, Azlee Senario, Faizal Hussein, Zed Zaidi, Sheila Rusly, Juliana Banos, Mazlan Pet Pet, Adam Corrie | diterbitkan dengan kerjasama ME Comuntications | |
Gila-Gila Pengantin Popular | 2005 | Aziz M. Osman | Erra Fazira, Saiful Apek, Afdlin Shauki, Norman Hakim, Linda Nanuwil, Nora Danish | diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR | [14] |
Evolusi KL Drift | 2008 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Diana Danielle | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [15] |
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | 2009 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Salina Saibi, Aaron Aziz, Diana Danielle, Nasir Bilal Khan | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [16] |
Evolusi KL Drift 2 | 2010 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Zul Ariffin | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [17] |
Khurafat: Perjanjian Syaitan | 2011 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Liyana Jasmay | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [18] |
KL Gangster | 2011 | Syamsul Yusof | Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak | [19] | |
Aku Bukan Tomboy | 2011 | Syamsul Yusof | Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof | [20] | |
Jalan Kembali: Bohsia 2 | 2012 | Syamsul Yusof | Nabila Huda, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [21] |
SAM: Saya Amat Mencintaimu | 2012 | Syafiq Yusof | Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa, Azad Jazmin | diterbitkan dengan kerjasama E.MAS | [22] |
Gangster Celop | 2013 | Ahmad Idham | Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha | diterbitkan dengan kerjasama Excellent Pictures | [23] |
KL Gangster 2 | 2013 | Syamsul Yusof | Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak, Rosyam Nor | diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance | [24] |
Abang Long Fadil | 2014 | Syafiq Yusof | Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Syamsul Yusof | [25] | |
Villa Nabila | 2015 | Syafiq Yusof | Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir | diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios | [26] |
Mat Moto | 2016 | Pekin Ibrahim Syafiq Yusof |
Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Zarul Asyraf, Cat Farish, Faizal Hussein, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Kamarool Yusof, Syamsul Yusof | diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Fimtab | [27] |
Munafik | 2016 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Rahim Razali, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak | [28] | |
Desolasi | 2016 | Syafiq Yusof | Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Aida Khalida | [29] | |
Abang Long Fadil 2 | 2017 | Syafiq Yusof | Zizan Razak, Tania Hudson, Achey Bocey, Wak Doyok, A. Galak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, AC Mizal | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw | [30] |
KL Special Force | 2018 | Syafiq Yusof | Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Josiah Hogan, Ruzzlan Abdullah Shah, Sabrina Ali, Puteri Balqis | diterbitkan dengan kerjasama Damofa Productions & Viper Studios | [31] |
Munafik 2 | 2018 | Syamsul Yusof | Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan, Maya Karin, Mawi, Rahim Razali, Fizz Fairuz | diterbitkan dengan kerjasama President Productions | [32] |
Misteri Dilaila | 2019 | Syafiq Yusof | Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw | [33] |
Rise to Power: KLGU | 2019 | Faisal Ishak Syafiq Yusof |
Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff, Chew Kin Wah | ||
Bulan dan Pria Terhebat | 2020 | Ghaz Abu Bakar | Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karin | diterbitkan dengan kerjasama Nizra Entertainment & Astro Shaw | |
Penunggang Agama | 2021 | Syafiq Yusof | Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz, Jalaluddin Hassan, Salina Saibi | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw | |
Penunggang Agama 2 | Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Salina Saibi, Tony Eusoff | ||||
Abang Long Fadil 3 | 2022 | Syafiq Yusof | Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Tania Hudson | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw | [34] |
Harum Malam | 2023 | Dain Said | Idan Aedan, Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda | diterbitkan dengan kerjasama Apparat | |
Polis EVO 3 | 2023 | Syafiq Yusof | Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw, Blackflag & TGV Cinemas | |
Budak Flat | 2023 | Faisal Ishak Eugene Lim Woo Ming Jin |
Zahiril Adzim, Nabila Huda, Pablo Amirul, Aaron Aziz, Yung Raja, Balan Kash | diterbitkan dengan kerjasama Jazzy Pictures; ditayangkan di Amazon Prime | |
Sheriff: Narko Integriti | 2024 | Syafiq Yusof | Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Aaron Aziz | diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw | |
Padu | 2024 | Faisal Ishak | Fify Azmi, Melissa Campbell, Lia Natalia, Thanuja Ananthan, Jojo Goh | diterbitkan dengan kerjasama Global Station | |
Telekinesis | 2024 | Syafiq Yusof | Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Hasnul Rahmat | diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios | |
Masterpicisan | 2024 | Namron | TBA | diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Centro Pictures | |
Sekolahaha | 2024 | Mat Luthfi Syafiq Yusof |
TBA | [35] | |
Blood Brothers | 2025 | Abhilash Chandra Syafiq Yusof |
Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Amelia Henderson | ||
Housekeeping | TBA | Zahir Omar | Alif Satar, Shiqin Kamal | ||
Munafik 3 | TBA | Syamsul Yusof | TBA | [36] |
Tahun | Judul filem | Syarikat penerbitan |
---|---|---|
2000 | Anaknya Sazali | Eurofine |
2001 | Sara | Astro Shaw & Tayangan Unggul |
Putih | Eurofine | |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Lacsashea Productions & Megamovie Sdn. Bhd. |
2014 | Balistik | Asia Tropical Films |
2015 | Kepong Gangster 2 | Mahu Pictures |
Jengka | Ace Motion Pictures | |
2016 | My Stupid Boss | Falcon Pictures |
2017 | Rempit Sampai Langit | Suhan Movies & Trading |
KL Wangan | Centro Pictures | |
2019 | Garang | Sakti Films |
2020 | Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda | A. Aida Production |
2021 | Zombitopia | Sunstrong Entertainment, Greenlight Pictures & Lomo Pictures |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Studio Kembara |
Daddyku Gangster | D' Ayu Pictures | |
2023 | Silence of the 177 | New Breed Production |
Imaginur | Lumatic Films & Apparat | |
La Luna | Clover Films, ACT 2 Pictures, Papahan Films & One Cool Film Production | |
2024 | Trinil | Dapur Film |
The prominent filmmaker and actor has not spoken to his son, KL Gangster director Syamsul, in over a month.
Selepas berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan.