Tunku Soraya
تونكو ثريا
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Puan Muda Perak
Pemerintahan20 Jun 2014 - kini
Didahului olehRaja Nor Mahani
KeputeraanTunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz
(1960-04-30)30 April 1960
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganDYAM Raja Iskandar Dzurkarnain (k.1986)
AnakandaYM Raja Nabil Imran
YM Raja Idris Shah
YM Raja Sarina Intan Bahiyah
YM Raja Safia Azizah
YM Raja Siffudin Muazzam Shah
Nama penuh
Tunku Soraya binti Almarhum Tengku Abdul Aziz
Nama diraja
Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
KerabatIstana Raja Di Hilir, Ipoh, Perak
AyahandaTengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (ayahanda kandung)
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (ayahanda angkat)
BondaTunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah (bonda kandung)
Sultanah Bahiyah (bonda angkat)
AgamaIslam

Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jawi: تونكو ثريا بنت المرحوم سلطان عبدالحليم معظم شاه; lahir Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz; 30 April 1960) merupakan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan. Pada 3 Mei 1960, baginda yang juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kedah ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah Kedah, Sultanah Bahiyah telah diangkat menjadi anakanda angkat baginda berdua.

Biografi

Ayahanda kandung Tunku Soraya iaitu Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya diputerakan pada 30 April 1960 di Alor Setar, Kedah merupakan anakanda kandung kepada kekanda Almarhum Sultan Abdul Halim iaitu Tunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah dan Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, anakanda Sultan Terengganu ke-13.

Tunku Soraya mempunyai saudara kembar iaitu Almarhumah Tunku Sarina binti Tengku Abdul Aziz yang telah berkahwin dengan Tunku Abdul Karim bin Tunku Ziauddin al-Haj. Tunku Sarina telah mangkat pada tahun 1991 dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Di sebelah ayahanda kandungnya, baginda juga merupakan sepupu kepada Sultan Kedah ke-29, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Almarhum Sultan Abdul Halim telah mengangkat kedua-dua anakanda saudara baginda sebagai anakanda angkat pada tahun 3 Mei 1960. Setelah enam tahun, barulah Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah melahirkan Tunku Puteri Intan Safinaz pada 1966.[1]

Pendidikan

Tunku Soraya menerima pendidikan awal di St Nicholas Convent, Alor Star, Bukit Nenas Convent, Kuala Lumpur dan meneruskan bidang pengajian di Brighton Polytechnic, Brighton, Sussex, England.

Kerjaya

Baginda juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Raja Puan Muda Perak

Tunku Soraya dikurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak berikutan suami baginda, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah dimasyhurkan sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak pada 20 Jun 2014.

Keluarga dan kerabat

Tunku Soraya dan Raja Iskandar Dzurkarnain melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.

Nama Keputeraan Tempat keputeraan Umur
Yang Mulia Raja Nabil Imran (1987-08-03)3 Ogos 1987 Kedah 36 tahun, 9 bulan dan 6 hari
Yang Mulia Raja Idris Shah (1989-07-18)18 Julai 1989 Kedah 34 tahun, 9 bulan dan 21 hari
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah (1992-06-12)12 Jun 1992 Kedah 31 tahun, 10 bulan dan 27 hari
Yang Mulia Raja Safia Azizah (1997-06-05)5 Jun 1997 Kedah 26 tahun, 11 bulan dan 4 hari
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah (1999-11-18)18 November 1999 Kedah 24 tahun, 5 bulan dan 21 hari

Darjah kebesaran

Tunku Soraya telah dikurniakan,

 Perak:

 Kedah:

 Malaysia:

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Soraya
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Nama penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:

Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, D.K.A. II, P.S.M., S.H.M.S., S.S.D.K., Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan

Pautan luar

Rujukan

Tunku Soraya
Tarikh keputeraan: 30 April 1960
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran pemerintah
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Nor Mahani
Raja Puan Muda Perak
20 Jun 2014
Pemegang jawatan kini