Zizie Ezette | |
---|---|
Kelahiran | Zizie Izette binti Abdul Samad 17 November 1978 |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
Tahun aktif | 1993—kini |
Pasangan | Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin (k. 2009) |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Khaty Fauziah |
Bapa | Abdul Samad Jaaman |
Saudara |
|
Datin Sri Zizie Izette Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.
Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. [1]
Datin Sri Zizie telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin (kini bergelar Datuk Seri Panglima) pada Disember 2009 sebagai isteri kedua suaminya. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Dato’ Sri Bung Mokhtar iaitu Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.[2][3]
Beliau memakai gelaran Datin Sri iaitu gelaran isteri kepada penerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri yang juga darjah kebesaran kedua tertinggi yang diterima oleh suaminya iaitu Datuk Seri Panglima Bung Moktar. Manakala, isteri pertama suaminya menggunakan gelaran Datin Seri Panglima.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | Marlia Kecil | Filem pertama |
1995 | Sama Tak Serupa | Linda | |
2003 | Black Maria | Suria | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994–1998 | Cili Padi (Musim 2-5) | Tasya | TV3 | Drama pertama |
1998 | Cinderella | Zura | ||
2007 | Emil Emilda | Darleena | ||
2008 | Sari Maya | Rubiah | TV9 | |
Spa Q (Musim 2) | Norell | TV3 | ||
2009 | Suraya | Suraya | ||
Dua Marhalah | Kamsiah Mansoor | Astro Oasis | ||
Keliwon (Musim 2) | TV3 | Pelakon undangan | ||
Cik Ah Cik Nih | Astro Prima | |||
2010 | Sari Maya 2 | Rubiah | TV9 | |
2013 | Kisah Cinta | — | TV3 | Juga sebagai penerbit |
2014 | Separuh Jiwaku | — | TV9 | |
2017 | Hero Seorang Cinderella | Puan Sri Mawar | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Alegori | TV1 | ||
25 Tahun 5 Minit | TV3 | |||
2001 | Siti Wan & Kembang | Kembang | VCD | |
2002 | Good Morning Cikgu | Cikgu Alice Suraya | TV3 | |
2003 | Aduhai Esah | Esah | Sebagai penerbit | |
Manisnya Hempedu Pahitnya Madu | ||||
2006 | Empayar | VCD | ||
2012 | Nyanyian Sarakatul Maut | — | TV3 | Sebagai penerbit |