Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Arena Wati" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Mac 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Arena Wati

Dr. Muhammad Dahlan bin Abdul Baing [1][2] atau lebih dikenali sebagai Arena Wati (30 Julai 1925 – 25 Januari 2009) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1987. Nama pena lainnya ialah Duta Muda dan Patria.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang, Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Bahru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia pada 1987. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imaginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.[perlu rujukan]

Keluarga

Isterinya Halimah Sulong dan beliau mempunyai enam orang anak, iaitu Rahmahwati, Hiryati, Ilhamuddin, Ratna Siti Akbari, Hasanudin dan Kamaluddin Rostov.

Karya

Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura. Selepas itu, beliau terus menulis karya-karya lain termasuk:

Karya-karya lainnya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002), Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

Kebanyakan karya beliau mempunyai tema permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas yang digarap daripada pengalaman merantau dari pulau ke pulau di Nusantara.

Pencapaian

Meninggal dunia

Jenazah Arena Wati dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau dirawat di Hospital HUKM Bandar Tun Razak sejak 20 September 2008 kerana barah paru-paru.

Rujukan

  1. ^ "Arena Wati – Sasterawan Negara Ke-5 (1987)". Klik Web DBP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 11 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "ARENA WATI (MALAYSIA)". Laman Pertemuan Penulis Asia Tenggara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 11 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)