Sasterawan Negara Dato' Dr.

Zurinah Hassan

D.S.D.K., K.M.N., A.M.N.
Kelahiran (1949-06-13) 13 Jun 1949 (umur 74)
Bakar Bata, Alor Setar, Kedah
WarganegaraMalaysia
AnugerahSasterawan Negara Malaysia (2015)
Anugerah Penulis Asia Tenggara (2004)

Datuk Dr. Zurinah Hassan (lahir 13 Jun 1949) merupakan salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.

Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sambilan, sebelum memutuskan untuk meletak jawatan bagi memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja.

Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan persoalan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada tahun 1990-an. Zurinah turut menghasilkan sebuah buku Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi, penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014. Anugerah ini membawa gelaran Datuk. 

Beliau diumumkan sebagai tokoh Sasterawan Negara yang ke-13 pada 13 Oktober 2015. Pemilihan Zurinah itu dibuat berdasarkan sumbangan besarnya melalui karya dan pemikirannya terhadap pengembangan sastera serta impak dalam penyebaran ilmu.[1]

Pendidikan

Zurinah Hassan mendapat pendidikan formal awal di Sekolah Rendah Melayu Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. 

Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Pengajiannya dilanjutkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008.

Karya

  1. Keputusan (Sajak)
  2. Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi.
  3. Tanjung Dawai
  4. Sungai Tiang
  5. Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu
  6. Kuala Lumpur
  7. Pantai Remis
  8. Bas Stand Kelang

Hasil penulisan

  1. Sasterawan negara Usman Awang : DBP, 2006.
  2. Salasilah : kumpulan puisi : DBP, 2005.
  3. Menjelang pemilihan : DBP, 2004.
  4. Memoir Zurinah Hassan : menjejak puisi : UKM, 2003.
  5. Pujangga tidak bernama : DBP, 1994.
  6. Oh, bulan! Oh, bintang! : Longman Malaysia, 1992.
  7. Meneruskan perjalanan : DBP, 1987
  8. Keberangkatan : DBP, 1985.

Pencapaian dan anugerah

Darjah kebesaran

Anugerah kesusasteraan

Terjemahan ke bahasa Rusia

Pautan luar

Rujukan