Baharuddin Zainal | |
---|---|
Lahir | Baharuddin bin Zainal 22 Mei 1939 Batu 15, Hutan Melintang, Perak, Malaysia |
Nama pena | Baha Zain |
Pekerjaan | Penulis |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Warganegara | Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Dato' Baharuddin Zainal (atau Baha Zain; dilahirkan pada 22 Mei 1939 di Hutan Melintang, Perak, Malaysia) merupakan penulis, tokoh penyair dan intelektual terkenal . Beliau telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-12 pada 2013.[1] Pengumuman anugerah tertinggi dalam bidang kesusasteraan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[2]
Karya-karya puisi telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Inggeris, Korea, Jerman, Russia, Mandarin dan bahasa Sepanyol.
Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Pegawai Penyelidik (Julai 1963) di Dewan Bahasa dan Pustaka ; Timbalan Ketua Pengarah (sehingga 1985); Ketua Editor Dewan Sastera, dan Dewan Budaya dan Dewan Bahasa. Kemudian menjadi kolumnis majalah bulanan Dewan Sastera (2005- kini ) dan sidang pengarang jurnal Tenggara . Mulai tahun 1982, Baha Zain dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah DBP
Pada tahun 1984 beliau meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada tahun 1985, beliau menerbitkan majalah berita mingguan Era yang menyamai konsep majalah Time tetapi tidak bertahan lama.
Baha Zain kemudian menjadi Pengerusi Eksekutif Dasar Padu (M) Sdn. Bhd dan syarikat penerbitan Pustaka Cipta (1985). Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu mulai 1986 ; Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara, anggota Majlis Perkembangan Buku Kebangsaan ; Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1985-1991); Presiden Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994).
Pendidikan awal beliau di Sabak Bernam sebelum memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak. Kemudian memasuki tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur (1960-1963) dan Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta (1970-72). Minat beliau dalam bidang penilisan bermula di sekolah menengah ( 1956-1959).
Beliau pernah menghadiri beberapa kursus di luar negara seperti :
Beliau turut menyertai :
Beliau juga menerima beberapa pingat :
Pada 17 Disember 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah "Tokoh Pena" kepada Baha Zain yang telah lama terlibat dalam penulisan di Malaysia dan aktif dalam PENA. Ketika sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA itu, Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan RM 5 juta untuk merancakkan kegiatan penulis muda manakala RM 1 juta untuk menaik taraf "Rumah Pena" di belakang Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.[3]
Beliau pernah menjadi pengarah teater "Tamu Di Bukit Kenny" karya Sasterawan Negara Usman Awang yang dipentaskan pada 26 Julai 1967 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka.Pelakon utamanya ialah tokoh penulis terkenal, Datuk Mohamad Noor Azam. Antara rakan setugas beliau di kemuncak DBP ketika itu ialah Datuk Hassan Ahmad, Usman Awang, Keris Mas, Abdullah Hussain, Noor Azam, Kemala, Wijayamala, Othman Haji Zainuddin, Shamsuddin Jaaffar, Suhaimi Haji Muhammad, Jaafa HS, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Ainon Haji Muhammad, Dinsman, A. Rahim Abdullah.
Puisinya diterjemahkan ke beberapa bahasa asing termasuk bahasa Rusia [4]
... Puisi Baha Zain menawan pembaca dengan serentak sejak perkenalan awal. Dan sering untuk selama-lamanya. Rahsia menakjubkan yang meresapinya, menarik pembaca dengan membawanya semakin dalam kepada makna dan irama puisi. Yang menawan ialah juga metafora yang begitu aneh dan jati dan pada dasarnya sangat kemelayuan. . - Victor Pogadaev [5]