Jalan Negeri Kedah K263 | |
---|---|
Jalan Napoh–Alor Janggus | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu | |
Panjang | 2.41 km[1] (1.50 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | K103 K103 di Kampung Alor Janggus |
Hujung timur | K104 K104 di Kampung Napoh |
Lokasi | |
Destinasi utama |
|
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K263 (Jalan Napoh–Alor Janggus) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K263 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.41 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Alor Janggus di barat dengan Kampung Napoh di timur.[3]
Jalan Negeri K263 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Alor Janggus, di persimpangan Jalan Negeri K104 (Jalan Napoh–Padang Sera), berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan berjajar, Taman Hosba. Permulaan jajaran K263 terletak dalam kawasan Mukim Kubang Pasu, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Jajaran K263 akan melalui kawasan penanaman pokok getah dan pokok kelapa sawit, yang ditanam oleh penduduk setempat, serta kawasan petempatan berjenis perkampungan. Kira-kira 400 meter berdekatan dengan perumahan dan perindustrian Taman IKS KEDA Hosba, K263 akan bersimpang dengan jalan kampung (JPD), Jalan Kampung Belukar ke Kampung Belukar dan Taman Hosba Indah. Melepasi simpang kecil, K263 akan membengkok ke barat, melalui kawasan estet kelapa sawit, Ladang Siang Bee. Terdapat simpang kecil ke Kampung Napoh Hulu di lengkok itu.[3][4]
K263 akan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K103 (Jalan Batu 15 Jitra–Kampung Langsat), di kawasan perkampungan Kampung Alor Janggus, dalam Mukim Hosba. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K263 yang diwartakan terletak dalam Mukim Kubang Pasu dari Kampung Napoh Ulu ke Taman Hosba, dan Mukim Husba dari Kampung Alor Janggus ke Kampung Napoh Ulu. K263 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K264 dikenali sebagai Jalan Napoh/Alor Janggus dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Napoh | 0.00 | K104 K104 — Kodiang, Kampung Padang Sera, Jitra | Hujung timur | ||
Kampung Alor Janggus | 2.40 | K103 K103 — Changloon, Kampung Tok Paroh | Hujung barat | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |