Jalan Negeri Kedah K644 | |
---|---|
Jalan Kampung Bukit Berangan | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 1.10 km[1][2] (0.68 mi) |
Simpang utama | |
Hujung timur laut | Kampung Bukit Berangan |
K643 Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka | |
Hujung barat daya | Kampung Bukit Meriam |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kampung Bukit Berangan (Laluan Negeri Kedah K644) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[3][2]
Jalan Kampung Bukit Berangan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.1 kilometer (0.7 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Bukit Berangan adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan jajaran Jalan Kampung Bukit Berangan berada di Kampung Bukit Berangan bersimpang dengan Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah (Laluan Negeri K643) dan akan menuju ke barat daya melalui kawasan penanaman sawah padi di selatan dan kawasan Bukit Meriam di utara. Di sepanjang jalan raya, tidak ada persilangan jalan raya utama dan akan berakhir di simpang Jalan Tikam Batu-Pantai Merdeka (Laluan Negeri K14) dalam kawasan perkampungan Kampung Bukit Meriam.[4][5]
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
km[4] | bt | Lokasi | Destinasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
0.00 | 0.00 | Kampung Bukit Berangan | K643 K643 — Kota Kuala Muda, Sungai Emas | Persimpangan |
1.10 | 0.68 | Kampung Bukit Meriam | K14 — Pantai Merdeka, Kampung Sintok Bugis | Persimpangan |