Jalan Negeri Kedah K664 | |
---|---|
Jalan Kampung Nelayan | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 1.69 km[1] (1.05 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Pekan Tanjung Dawai |
Jalan Singkir–Tanjung Dawai | |
Hujung selatan | Kampung Bagan Asam |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kampung Nelayan (Laluan Negeri Kedah K664) ialah jalan negeri yang terletak di barat Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K664 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.69 kilometer (1.1 bt),[1] menghubungkan Pekan Tanjung Dawai di utara dengan Kampung Bagan Asam di selatan dengan melalui kawasan Perumahan Muafakat Nelayan Kedah, Kampung Haji Man dan Kampung Nelayan.[4][5]
Jalan Kampung Nelayan bermula di persimpangannya dengan Jalan Singkir–Tanjung Dawai (Laluan Negeri Kedah K161), di utara Pekan Tanjung Dawai berdekatan dengan Kampung Huma. Ia akan menuju ke barat menuju ke Kampung Nelayan, melalui kawasan perhutanan hijau. Ia akan membengkok ke arah tenggara apabila di Kampung Haji Man. Selepas melepasi kampung tersebut, K664 akan bersimpang dengan Jalan Nelayan 1; destinasi utamanya ialah Perumahan Muafakat Nelayan Kedah Tanjung Dawai. Kira-kira 550 meter (0.3 bt) dari simpang Jalan Nelayan 1, K664 akan bersilang dengan jalan tanpa nama di Kampung Nelayan. Jalan Kampung Nelayan (K664) berakhir dengan persilangan dengan jalan negeri yang sama di Kampung Bagan Asam, berdekatan dengan Masjid Haji Zainuddin (atau juga dikenali sebagai Masjid Tanjung Dawai).[4][5][6]
Secara keseluruhan, Laluan K664 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran satu mukim di Daerah Kuala Muda iaitu, Mukim Merbok.[2]
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pekan Tanjung Dawai | 0.00 | K161 — Kampung Sungai Pial, Merbok, Sungai Petani | Penghujung utara | ||
Kampung Nelayan | 0.90 | Jalan Nelayan 1 — Perumahan Muafakat Nelayan Kedah | |||
1.40 | Jabatan Kastam Diraja Malaysia Penguatkuasaan/Marin Tanjung Dawai | ||||
Kampung Bagan Asam | 1.69 | K161 — LKIM Tanjung Dawai, Tanjung Dawai, Merbok | Penghujung selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |