Jalan Negeri Kedah K902 | |
---|---|
Jalan Sungai Tengas | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu | |
Panjang | 5.18 km[1] (3.22 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Sungai Batu |
K901 Jalan Sungai Batu K907 Jalan Terap–Kuala Dingin | |
Hujung selatan | Kampung Sungai Tengas |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Sungai Tengas (Laluan Negeri Kedah K902) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]
Jalan Sungai Tengas atau juga dikenali sebagai Jalan Sungai Batu-Sungai Buluh,[3] diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.18 kilometer (3.2 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Batu di utara dengan Kampung Sungai Tengas di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Tengas ialah jalan raya tunggal.[5][6]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Batu, di persimpangannya dengan Jalan Sungai Batu (Laluan Negeri K901). Laluan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Sungai Batu dan Kampung Sungai Kasai. Kira-kira 2.7 kilometer (1.7 bt) dari penghujung utara, akan terdapat simpang kecil menuju ke Kampung Sungai Buluh. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Sungai Tengas, ia bersilang dengan Jalan Terap–Kuala Dingin (Laluan Negeri K907).[4][5][6]
Jalan Sungai Tengas telah menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya akibat penutupan Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil pada tahun 2017.[3]
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Batu | 0.00 | K901 K901 — Mahang, Kulim, Sungai Karangan | Penghujung utara | ||
Kampung Sungai Buluh | 0.90 | Lorong Bersatu — Kampung Sungai Buluh | Simpang tiga | ||
Kampung Sungai Tengas | 5.18 | K907 K907 — Bandar Baharu, Serdang, Kampung Terap | Penghujung selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |