Jalan Negeri Kedah K678 | |
---|---|
Jalan Pahlawan | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 1.09 km[1] (0.68 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kem Lapangan Terbang |
Jalan Butterworth–Alor Setar | |
Hujung timur | Taman Ria |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Pahlawan (Laluan Negeri Kedah K678) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K678 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.09 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Kem Lapangan Terbang di barat dengan Taman Wira di timur dengan melalui kawasan perumahan Taman Wira, Taman Lagenda Indah dan Lagenda Heights.[4]
Jalan Pahlawan (K678) bermula di persimpangan dengan Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1), di Taman Ria; berhampiran dengan sebuah sekolah bantuan kerajaan iaitu, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mohamad Jiwa, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, dan Komplek Penyayang milik Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Ia akan menuju ke barat melalui kawasan perniagaan dan perumahan. Tidak jauh dari penghujung timur, hanya 350 meter (0.2 bt) sahaja, laluan K678 akan bersilang dengan Jalan Lagenda Utama; jalan utama untuk ke perumahan Lagenda Heights dan juga jalan masuk kedua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Petani dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong. Sebelum di peghujung laluan K678, akan terdapat simpang empat, jika ke utara pengguna akan ke Taman Desa Jaya melalui Jalan Desa Jaya 8 atau ke selatan pengguna akan ke Taman Wira dan Taman Kuala Muda melaui Jalan Wira. Simpang empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Jajaran Jalan Pahlawan (K678) berakhir di jambatan menyeberangi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu.[4][5]
Jalan Pahlawan (K678) berjenis jalan raya tunggal dengan empat lorong dari simpang Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1) hingga di Taman Lagenda Indah dan dua lorong dari Taman Lagenda Indah sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[4] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][5] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Taman Ria | 0.00 | FT1 — Sungai Petani, Butterworth, Kuala Lumpur | Penghujung timur | ||
Lagenda Heights | 0.35 | Jalan Lagenda Utama — Lagenda Heights, Lotus's Sungai Petani Utara | Simpang empat | ||
Taman Lagenda Indah | 0.55 | Jalan Lagenda Indah — Taman Lagenda Indah, Taman Wira | |||
Taman Wira | 0.85 | Jalan Wira / Jalan Desa Jaya 8 — Taman Wira, Taman Wira Indah, Taman Desa Jaya, Taman Kuala Muda | |||
1.09 | Kem Lapangan Terbang | Penghujung barat; kawasan kem tentera | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |