Jangan terkeliru untuk berkaitan dengan tajuk Azam. untuk telefilem sila lihat Azam (drama TV).
Azam | |
---|---|
Pengarah | Z. Lokman |
Lakon layar | Z. Lokman |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 87 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Azam ialah sebuah filem aksi drama Malaysia 1997. Filem ini telah diarahkan oleh Z. Lokman. Filem Azam diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Azam mula ditayangkan pada 1997 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaharuddin Thamby, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.
Azam mengisahkan Azam seorang pemuda yang perlu menghadapi masyarakat selepas 17 tahun menjalani hukuman akibat melakukan rompakan di sebuah bank. Tetapi masyarakat kampung nyata tidak mudah menerima seorang bekas banduan. Bukan itu sahaja, bekas isterinya Tipah yang kini telah berkahwin dengan Musa seorang guru silat tidak dapat menerimanya. Kecuali Pak Itam dan isterinya sahaja yang bersimpati, Azam harus menghadapi pelbagai tohmahan dan penghinaan daripada orang kampung.