Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil
Ditulis oleh
  • Mimie Zakaria
  • Farah Izzati
PengarahOsman Ali
Yus Yusop
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Genggam" - Aliff Aziz
Lagu penutup"Genggam" - Aliff Aziz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Februari 2023 – 15 Mac 2023
Kronologi
MengikutiKerana Cinta Itu Ada
Diikuti olehMelur Untuk Firdaus 2

Ku Akad Kau Dengan Bismillah[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Osman Ali & Yus Yusop, dibintangi oleh Aliff Aziz, Sophia Albarakbah, Shah Iskandar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 6 Februari 2023 menggantikan Kerana Cinta Itu Ada.

Sinopsis

Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini.

Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Rujukan

  1. ^ "Ku Akad Kau Dengan Bismillah". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.