Wanita Milik Tuan Putra | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kembali Terang" — Marsha Milan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) Disney+ Hotstar |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 Oktober 2022 – 29 November 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | Sekali Lagi Cinta Kembali |
Diikuti oleh | Terima Kasih Cinta |
Wanita Milik Tuan Putra adalah drama siri televisyen Malaysia 2022 arahan Shuhaimi Zulkefli, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Intan Najuwa, dan Sherry Ibrahim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 21 Oktober 2022 menggantikan Sekali Lagi Cinta Kembali.[1]
Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.
Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.
Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?
Akan Dikemas Kini